Monday, February 9, 2009

Keinsafan.....

...what a way to start my lovely sunny monday morning.....most people might say its gonna be a bit depressing tho...but for me i perceive it the other way around....ini lah ceritanya.....


More and more inquest file coming in....bukan apa, it is part of my job as coroner akan tetapi apabila melihat gambar-gambar kematian, sememangnya ia amatlah menginsafkan saya...


Berbagai-bagai punca kematian dan gambar berkaitan...hujung minggu yang lepas telah saya gunakan untuk meneliti fail-fail tersebut, and today terdapat sekurang-kurangnya 20 fail baru diatas meja saya dan hanya untuk dimaklumkan bahawa ia hanya separuh dari fail tersebut yang perlu saya review dan membuat laporan dan pengesahan, more and more are coming...


Ok ok post ini bukanlah untuk menerangkan akan skop tugasan saya akan tetapi lebih kepada keinsafan diri...


Ajal dan maut ditangan Tuhan yakni Allah S.W.T..ia boleh datang dalam pelbagai bentuk dan cara misalnya diantara fail-fail yang telah saya siapkan laporan minggu lepas, antaranya adalah seperti berikut:


1. Dibaham buaya

2. Dihempap jengkaut

3. Ditanduk rusa

5. Lemas

6. Kemalangan Jalan Raya


Dahsyat amatlah dahsyat...ajal tiba tanpa mengira usia dan cara...ajal tiba tidak mengira waktu dan masa...akan tetapi manusia sentiasa alpa....Nauzubillah...


Dahsyat amatlah dahsyat kematian mereka akan tetapi ia telah tertulis dan ketentuanNya...yang mampu saya doakan bagi jenazah yang muslim agar mereka ditempatkan di kalangan org-org yang beriman....InsyaAllah...


Keinsafan tersebut membuatkan saya dan kita semua hendaklah lebih berusaha untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaaan dariNya dan sentiasa berdoa kepadaNya....Bersama-sama lah kita berdoa sekiranya ajal kita telah tiba agar dimatikan dalam keadaan yang baik dan terutama sekali dalam Iman....Aminnnn....


2 comments:

My Blog List