Saturday, February 7, 2009

Perubahannnn.....



One question kept playin in my mind lately...since iam not that bz mcm before in KL..so i have a lot of time thinking..

adakah sesuatu perubahan tersebut bertahan lama atau hanya untuk seketika...i do have seen some extreme changes before...dari:

1) kurang pandai melawa menjadi makin pandai melawa,

2) dari baik menjadi agak nakal (tidak adil sekiranya dikatakan jahat...siapalah saya untuk mengadili mereka)...

3) dari anti sosial menjadi sorg yg mempunyai PR yg sangat mengkagumkan...

4) dari pakai tudung tak pakai tudung and etc etc...

dan mcm2 lagi perubahan yang pernahkan saya saksikan sepanjang pergaulan saya selama ini...almost 27yrs hidup di muka bumi Allah ini...


saya pernah berpendapat bahawa sesuatu perubahan tersebut terutama sekali perubahan yang sgt ekstrim yakni berubah dlm satu ketika yang amat singkat dan perubahan yang boleh dikatakan menyeluruh seringkali tidak bertahan lama....ermmmm benarkah????? atau saya sememangnya silap....


suatu ketika dulu saya mempunyai kenalan, ketika tinggal di hostel Perindu UiTM..kami memanggilnya Mr. Bean sebab dia mempunyai sense of humour yg sgt menarik....kemudian kami lost contact and terserempak semula...pada asalnya dia sorg perokok tegar...satu tak tahu la berapa karton rokok yg dihabiskan...hembus menghembus mcm kilang kelapa sawit mencemarkan alam....dan pertemuan semula kami tersebut amat megejutkan saya apabila dia maklumkan kepada saya bahawa dia telah berhenti merokok...saya kemudian bertanyakan kembali kepadanya kenapa....atau mengapa....dia kemudian mula lah bercerita dan...dia bangun suatu pagi dan dia taknak merokok dan hendak berhenti merokok...dan ia berlaku dlm sekelip mata....alhamdullillah dia berhenti merokok sehingga kini tanpa keinginan untuk merokok kembali....bagi para perokok sedarlah merokok itu haram....Islam melarang sesuatu yang memudaratkan diri dan merokok secara terang-terangan memudaratkan diri kita dan org disekeliling kita sedarlahhh.....

nyata pendapat yang saya anggap selama ini jelas adalah salah atau betul atau nobody knows....akan tetapi sekarang saya berpendapat bahawa semuanya terpulang kepada individu tersebut...
saya turut percaya manusia turut malalui beberapa fasa kehidupan yang turut menyumbang kepada perubahan di dalam diri insan tersebut...
manusia mempunyai dua senjata yang sgt hebat (bagi kita hamba Allah s.w.t) manusia dikurniakan dengan hati perasaan dan akal...terpulang yang mana satu dalam kawalan...akan tetapi kita hanya mampu berusaha dan berusaha segalanya ditentukan oleh Allah s.w.t.
kita amat kerdil berbanding kekuasaanNya....sama-samalah kita berubah kearah kebaikan dan berdoa semoga ia berkekalan InsyaAllah.....aminnn...




3 comments:

  1. itu dinamakan manusia. berubah dan diubah. heh. -wahida

    ReplyDelete
  2. aku isap rokok, dlm proses berhenti! slow2~

    ReplyDelete
  3. Wahida: kan manusia sentiasa berubah....
    Zuluz: berhenti zul berhenti merokok...nak jadi bapa dah tu...tak bagus untuk kesihatan Baby nanti..

    ReplyDelete

My Blog List